"Akan ku kuatkan diri meski ada yang menahan untuk mengejar impianku.Aku harap Allah akan sentiasa berada di sisiku agar aku mampu membuktikan bahawa aku dilahirkan di dunia ini tanpa sia-sia kepada ibu bapa, masyarakat, agama, negara dan bangsa"

Ya Allah sesungguhnya aku menadah tangan memohon keselamatan kepadaMu dalam agama, memohon kesejahteraan atau keseihatan jasmani, memohon tambahan ilmu pengetahuan, memohon rezeki yang halal dan diberkati, memohon diterima taubat sebelum tibanya waktu kematian, memohon mendapatkan rahmatMu"

Friday, 30 December 2011

My Voice

‎"Tarik rambut dalam tepung perlahan-lahan, rambut tak putus tepung tak bertebaran"..mungkin juga boleh dikaitkan dengan sejarah mendapatkan kemerdekaan negara kita daripada penjajah British. Tiada perang dan tiada sengketa sehingga tahap dasyat..mula2 ikut pa yg British ckp,buat yg mereka minta..lama2 da boleh berdiri sendiri, kini negara kita bebas dari jajahan politik,ekonomi dan sosial mereka..utk dptkan kmerdekaan pun susah dan tpaksa diplomasi mgikut kbijaksanaan..kalau lah ketika itu pemimpin kita memilih untuk perang dgn mereka,sudah pasti apa yang kita perjuangkan tidak dapat..tbaca latar belakang kmerdekaan dahulu, pemimpin yang pergi ke London, tidur bsama dlm 1 rumah yg sempit dan kos rendah..duit dibantu (patak2) oleh seluruh rakyat yang menyokong usaha Tunku sebab dengan kemerdekaan la,maka kita boleh berjuang dan berdiri mengikut kebijaksanaan kita sendiri..dalam konteks beberapa hal yang kita lalui, alangkah bangusnya kita berdiplomasi..usaha kuat dan alamilah kesusahan.tiada jalan singkat untuk kita dapatkan apa yang kita mahu..dlm usaha ini, kita bukan sahaja dapat apa yang kita inginkan, malah kita mampu menjaga imej diri serta norma/budaya masyarakat yang melihat gelagat kita..syukur Malaysia yang kita diami sekarang telah mampu berdiri dan membawa negara sendiri tanpa perlu monitor terus daripada negara lain. Bermakna kemerdekaan ini meski ia baru setahun jagung melangkah..perjuangan kita masih belum selesai..mendapatkan kemerdekaan itu ljauh lebih mudah daripada memelihara kemerdekaan yang sedia ada..wahai pahlawan melayu, wahai pengamal wushu, wahai penebar roti mahir, bersama kita memelihara perpaduan dan menjaga kemerdekaan ini..untuk negara Malaysia tercinta..hidup dalam konteks 1Malaysia yang difahami minda..:-)

Sunday, 23 October 2011

My Voice

Kami warga belia menolak DAP dan PKR di Sabah sebab kami tidak yakin dengan prestasi serta kemampuan PR (kesatuan pembangkang) dalam membawa pembangunan ke atas Sabah. Jika pemimpin utama PR diragui,apakah lagi partinya sebab ketua itu juga melambangkan partinya.Tan Sri Simon Sipaun saya pernah duduk semeja dan bercerita dengan beliau dalam satu acara dengan kapasiti beliau sebagai bekas setiausaha kerajaan negeri sabah suatu masa dahulu.Jelas beliau masih lagi mempersoalkan 20 perkara itu. saya tak menolak pandangan beliau sebab beliau yg tahu keadaan zaman kepimpinannya dan pandangan beliau banyak juga dipengaruhi oleh pristiwa2 atau isu2 pada masa lalu..Tapi benarkan 20 perkara itu semuanya dibelakangkan?kadang2 saya kesal dgn kbanyakan org kg yg mpunyai ilmu yg kurang dan bila saja ada org yg "terlebih ilmu" datang, maka mereka pun mudah termakan dengan kata2 pemimpin itu. lalu mrk pun menjadi pak turut..mungkin ada yang sedikit tercalar 20 perkara itu tapi salah siapa?pemimpin terdahulu juga. Zaman siapa?zaman mereka juga..mereka yang pimpin Sabah dan mencorakkan senario politik Sabah..Maka oleh itu, tanggungjawab pemimpin muda pada masa ini untuk menjernihkan semula tapi bukan pula melalui jalan salah dengan meruntuhkan kerajaan sedia ada.Jujur saya kata, kami warga belia dan pemimpin masa depan akan berusaha sebaiknya untuk negeri sabah yang tercinta tapi bukan melalui DAP, PKR (payungnya PR)..Kami menyokong Malaysia dan konsep 1Malaysia :Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan itu perlu difikirkan oleh semua warga supaya meluaskan lagi pemikiran ke arah kemajuan serta misi negara.Jangan sempitkan pemikiran dengan budaya politik sempit.. "We Want Peace for Malaysia"

Thursday, 29 September 2011

Ucapan Semasa Penutupan Minggu Kesedaran Sejarah dan Sambutan Kemerdekaan

Assalammualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam kemerdekaan dan salam 1 Malaysia.
         Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran ke atas illahi kerana dengan limpah serta kurnianya, kita dapat bertemu pada pagi yang mulia ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kehadiran kami meski pun agak terlewat memaklumkannya.
Buat pengetahuan sidang hadirin sekalian, jelajah kemerdekaan ini dilaksanakan bertujuan untuk mengisi bulan kemerdekaan yang mana pada keesokan hari, kita bakal meraikan bulan kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia. Selain itu, diharap dengan pertemuan yang singkat ini, kita sama-sama dapat menghayati erti kemerdekaan yang mana setiap daripada kita perlu bertanggungjawab memelihara kemerdekaan ini.
         Saya menyeru kepada adik-adik supaya terus menghayati erti kemerdekaan. Sebagai generasi pelapis kepimpinan negara, kita mempunyai tanggungjawab yang cukup besar untuk memelihara kemerdekaan ini kerana kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh generasi terdahulu tidak akan bermakna jika kita tidak berusaha memeliharanya. Jauhi gejala negatif yang mampu merosakkan diri sendiri. Sementara ada peluang kemananan dan kemerdekaan ini, gunakanlah dengan sebaiknya agar kita mampu menjadi generasi yang dapat memancu kemajuan negara. Siapa pun di antara kita sama ada orang kaya atau miskin, kanak-kanak atau dewasa, tua atau muda, bekerja atau tidak, kita tidak akan dapat lari daripada tanggungjawab ini kerana setiap daripada kita perlu memainkan peranan penting untuk memelihara kemerdekaan ini. Bersyukurlah kerana kita dianugerahkan kemanan dan kemerdekaan ini kerana dengan kemerdekaan inilah, kita mampu bergerak maju ke hadapan tanpa adanya desakan daripada pihak lain. Dengan kemerdekaan ini, kita mampu belajar dengan baik, kita mampu bekerja dengan baik, kita mampu melaksanakan aktiviti harian dengan baik tanpa adanya perasaan takut. Maka, itulah keadaan yang perlu kita pelihara kerana tanpa adanya usaha itu, kemerdekaan ini tidak akan bermakna. Akhir kata daripada saya, semoga Allah sentiasa memelihara kemerdekaan ini. Sama-samalah kita menjaga kemerdekaan ini dengan sebaiknya. Kalau bukan kita, siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi. Di akhir kata, atas nama saya Mohamad Suhaimey Bin Razin selaku Presiden Persatuan Mahasiswa Pendidik SPPS UMS, memohon kemaafan andai terdapat kesilapan disepanjang pelaksaaan acara ini. Semoga dengan pertemuan yang singkat ini, akan terjalinlah silaturrahim antara kita ~ SEKIAN~

Ucapan Semasa Majlis Amanat Dekan 2011

Assalammualaikum wbt, Salam Sejahtera, dan Salam 1 Malaysia :UMS kampus Ceria
Segala pujian bagi Allah S.w.t, Tuhan sekalian alam yang maha agung lagi maha bijaksana mentadbir seluruh alam semesta. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.a.w, keluarga baginda serta para sahabatnya sekalian.
Bersempena dengan Majlis Amanat Dekan ini, saya menyeru kepada seluruh sahabat mahasiswa agar memberi tumpuan terhadap perkara yang bakal disampaikan oleh yang berbahagia Dekan. Selaku presiden persatuan, saya mengharapkan adanya sokongan yang tidak berbelah bagi daripada anda. Saya ingin mengajak seluruh warga mahasiswa Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial supaya sentiasa aktif dalam aktiviti kemahasiswaan kerana saya yakin setiap yang anda sertai ini, ia tidak akan merugikan diri malah suatu nilai tambah kepada anda bagi menambah pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pengurusan serta pengorganisasian.
Pada masa ini, kerjaya kita sebagai guru tidak lagi seperti dulu yang mana sejurus kita tamat pengajian, kita akan terus diserap ke jawatan sebagai pendidik. Dunia pada hari ini penuh dengan cabaran serta persaingan yang sengit lebih-lebih lagi dalam mendapatkan peluang pekerjaan. Meski pun kita akui bahawa, berbanding kursus-kursus yang lain kita mempunyai peluang kerjaya yang sedikit mudah untuk diperolehi, namun kita jangan leka kerana dengan senario pada masa ini, kita juga akan menghadapi proses-proses pemilihan yang semakin rumit sebelum mendapat pekerjaan. Hal ini kerana kewujudan IPTA dan IPTS yang menawarkan kursus pendidikan serta ditambah lagi dengan dasar-dasar politik negara terhadap pengurusan pendidikan, menjadikan senario pengurusan pendidikan semakin kompleks.
Meski pun demikian, saya yakin dan percaya bahawa kita mampu bersaing dengan siswazah keluaran institusi lain kerana kita juga berpotensi untuk menjadi lebih baik jika kita inginkannya. Saya mempunyai pandangan bahawa tidak ada institusi atau pusat latihan yang menjanjikan pekerjaan melainkan kita sendiri yang berusaha untuk mendapatkan pekerjaan tersebut iaitu dengan cara menunjukkan kemahiran serta kebolehan yang kita ada sehinggakan majikan yakin dan percaya akan kekuatan yang kita miliki. Di pusat gedung ilmu ini, kita diberi segalanya untuk kita menggali sebanyak mungkin ilmu sama ada ilmu dalam kelas atau luar kelas. Bergantung kepada kita sama ada ingin mendapatkannya atau membiarkan orang lain yang mendapatkannya. Kita di universiti ini cuma empat tahun sahaja dan dalam tempoh pendek inilah maka kita harus menggunakannya untuk melengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Maka oleh itu, saya menyeru sekali lagi kepada seluruh sahabat-sahabat sekalian untuk terus mencari peluang untuk meningkatkan prestasi diri sama ada dalam bidang akademik atau bukan akademik. Kita tidak boleh terlepas salah satu daripadanya. Bila kita berjaya dalam aktiviti kemahasiswaan maka kita juga mesti berjaya dalam akademik kerana jika salah satu tertinggal maka kita akan mengalami kerugian di antara keduanya.
Akhir kata daripada saya, semoga majlis ini berjalan dengan lancar dan kita mendapat manfaat bersama.Sekalung tahniah kepada ajk yang terlibat dalam perlaksanaan majlis ini. SEKIAN

Ucapan Alu-aluan program UMS-UNAND-UNP

Assalammualaikum W.B.T, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Illahi kerana dengan limpah kurnia serta keizinanNya, maka kita dapat melaksanakan program ini.
Program Lawatan dan Diskusi Akademik UMS – UNAND – UNP merupakan program julung kali yang dilaksanakan oleh Persatuan Mahasiswa Pendidik (PERMADIK) sebagai wadah untuk menimbah pengalaman dan seterusnya membolehkan mahasiswa yang terlibat untuk bertukar-tukar idea serta pandangan iaitu selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan warga pendidik yang terlatih.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada penganjur kerana berjaya melaksanakan program ini. Jutaaan terima kasih serta penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Sesungguhnya bantuan serta komitmen semua pihak telah banyak menyumbang kepada kejayaan program ini.
Akhir kata, semoga di atas penganjuran program ini, semua mahasiswa akan mendapat manfaat dan seterusnya menggunakan pengalaman tersebut untuk membangunkan sahsiah diri. Dengan harapan semoga objektif program ini dapat dicapai dengan jayanya.
Mohamad Suhaimey Bin Razin
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Pendidik (PERMADIK),
Sesi 2010/2011
Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial,
Universiti Malaysia Sabah.

Friday, 16 September 2011

Bingkai Cermin

"Cermin diri yang paling baik adalah kawan yang mampu menjadikan dirinya sebagai cerminmu.Apabila engkau meluah sesuatu,dia akan terbuka untuk berbicara dan menerima luahanmu secara terbuka.Pada masa yang sama dia akan cuba mengubah dirimu mengikut kesesuaian pendirian serta keadaan emosimu.Jangan pernah mengaku kalah meski sebahagian daripada mereka tidak memahami keadaanmu..titisan air mata itu boleh tapi jangan menjadikan ia sebagai kesedihan.Jadikan ia sebagai kekuatan untuk engkau bangun semula..hidup itu bukan mudah seperti mudahnya kita berbicara.Jika hidup semuanya mudah,kita tidak akan pernah belajar daripada kemanisan diakhirnya.."

Tuesday, 13 September 2011

"Hidup itu indah jika engkau memanfaatkannya"

Kita mesti selalu dengar kata hikmah ini:

Kejarlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara:

~Masa muda sebelum datangnya masa tua~
~Masa sihat sebelum datangya masa sakit~
~Masa kaya sebelum datangya masa miskin~
~Masa lapang sebelum datangya masa sibuk~
~Masa hidup sebelum datangnya masa mati~


Sunday, 11 September 2011

Menonton Tayangan Bukit Kepong dan Tanggapan Mat Sabu

11 September 2011
TV 2
Jam 10 - 12 pm

Keganasan komunis dalam serangan Balai Polis Bukit Kepong adalah peristiwa yang sangat menyayat hati..pengorbanan polis ketika itu untuk mempertahankan negara sampai saat akhir menunjukkan bahawa betapa sukarnya mereka mempertahankan negara.

Saturday, 10 September 2011

Kenyataan hidup

Adakalanya banyak perkara kita akan lalui sepanjang tempoh mengecapi kehidupan. Kadang-kadang kita berjaya mencapai apa yang kita impikan dan ada masanya juga sering gagal.

Sunday, 28 August 2011

Pondok Buruk Ibu dan Ayah

~28 Ogos 2011 (Ahad) jam 10 pm - 12 am di astro Ria~


Sebentar tadi saya menonton satu drama yang bertajuk Pondok Buruk yang dilakonkan oleh Fauziah Nawi, Ismail Din, Raja Azura, Vanida Imran, Rosyam Nor, dan Jalaludin Hassan. Drama ini mengisahkan kehidupan ibu bapa yang hidup dalam keadaan penuh penderitaan lantaran kemiskinan yang dialami. Isteri yang sakit dan suami yang menghidap penyakit kencing manis sehingga kedua-dua belah kakinya telah dipotong. Kesusahan hidup mereka ini seolah-oleh seperti apa yang dialami oleh kebanyakan masyarakat yang rata-ratanya kita sendiri tidak menyedarinya..di sebalik kesusahan mereka ini, anak-anak mereka pula hidup senang lenang di atas duit..kaya raya dengan pelbagai perniagaan. Kehidupan yang mewah menyebabkan mereka lupa kepada asal usul dan tidak mengambil berat akan kedua ibu bapa mereka. Lantaran merajuk dengan leteran ibu bapa, mereka telah membawa diri ke bandar untuk mencari kehidupan sendiri..mereka sanggup tinggalkan ibu bapa mereka di kampung dengan penuh keperitan dan kesukaran..kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..bapanya yang kudung kaki akibat kencing manis terpaksa mencari rezeki demi menampung kehidupan mereka berdua..kerja sebagai pembantu penjual buah, tukang cuci kereta, tukang cuci pinggan mangkuk..itulah kerja hariannya. Berbekalkan kereta roda yang dikayuh dengan tangan, bapa itu kuat ke hulu ke hilir demi mencari punca rezeki..setiap rezeki yang diperolehi akan memberi senyuman kepadanya..ketibaan hari raya aidifitri yang dijangka tidak lama lagi menyebabkan beliau semakin kuat bekerja sehinggalah beliau mampu membelikan kain kepada isterinya..suatu masa, beliau diuji sekali lagi apabila penjual buah tidak menjual lagi dan akhirnya beliau terpaksa mencari pekerjaan lain sedangkan anak-anaknya di bandar hidup dalam kemewahan..tahap ujian semakin kuat apabila anak arwah pemilik tanah tempat beliau mendirikan rumah sejak sekian lama telah meminta mereka merobohkan rumah berkenaan dan berpindah kerana tanah tersebut akan diteroka. Akhirnya mereka terpaksa berpindah ke sebuah pondok buruk yang berdekatan dengan sawah padi iaitu dimiliki oleh tuan empunya tanah padi tersebut..dipengakhiran cerita, suami (Ismail Din) telah meninggal dunia akibat terjatuh ke dalam sawah dan akhirnya mati lemas..beliau meninggal dalam keadaan bersujud manakala daging yang beliau beli sebagai persediaan raya keesokannya telah terjatuh di atas tanah..beliau agak sukar berdiri dari dalam sawah berkenaan kerana kedua-dua belah kakinya kudung...

Fenomena ~CINTA~


What Is LOVE?? do you feel that?
"Love can touch us want time and last for a life time"
"Love was when i love you, one true time i hold you"

Semua orang mempunyai  keinginan untuk bercinta..juga ada keinginan untuk dicintai. Cinta kepada manusia..cinta kepada Tuhan, cinta kepada haiwan dan banyak lagi yang dikaitkan dengan cinta. Paling top dikalangan remaja adalah cinta manusia iaitu cinta antara dua jantina lelaki dan perempuan..cinta yang bersulamkan kasih sayang..oh cinta...bagi yang berjaya dalam cinta, maka akan bahagialah hidupnya..bagi yang gagal bercinta, maka sedihlah kehidupannya...cinta itu lahir dari hati yang suci..cinta tak perlu diungkapkan dengan kata-kata..jika kita sentuh hati, dan merasakan kedinginanya, maka kita akan merasa adanya cinta dalam diri..cinta bukan hanya pada kecantikan semata-mata..jangan kita silap dalam berbicara dan meneka disebalik kelibat ungkapan cinta. Bagi yang lulus bercinta, tahniah..yang kecundang jangan putus asa..kerana

"cinta tak semestinya kita memiliki"

"cinta juga tak semestinya orang yang kita cintai, akan mencintai kita"

"cinta tak selalu bersama jodoh, tapi jodoh akan selalu bersama cinta"

Bila kita gagal bercinta, bukan bermakna akan malaplah masa depan kita..bila putus cinta, kita pun meronta-ronta seperti kita merasakan bahawa dunia tidak bermakna lagi..sudahlah. cinta tak pernah mengajar untuk kita berputus asa..biarkan apa yang telah berlalu.hadapi dengan tenang kerana disebalik kegagalan itu, wujudnya kejayaan dalam diri kita..mungkin dia bukan terbaik untuk kita.atau tuhan mengetahui bahawa itu bukanlah yang sesuai untuk kita..siapa tahu?bagus juga kalau putus cinta pada masa awal terutamanya bila sebab putus itu adalah kerana adanya salah seorang main kayu tiga..playboy la katakan..atau playgirl ka..biarkan dia pergi kerana tidak ada keuntungan yang kita dapat dengan pasangan yang seperti ini..pasti ia akan merosakkan lagi masa hadapan kita. sudah jangan menangis lagi bagi yang terluka..itu bukanlah pengakhiran dalam hidupmu..percayalah akan ada lagi yang baik dan sangat baik di masa hadapanmu..

Tabahkan hati dan percayalah bahawa "CINTA" itu ada dimana-mana..bila kita telah membuka hati untuk bercinta sekali lagi,pasti akan ada calon yang setia dengan cinta kita...

waaa hebatnya.....

Friday, 26 August 2011

Selamat malam warga kota

Selamat malam warga kota yang sejak kebelakangan ini agak sibuk membuat persiapan aidilfitri..semoga semuanya berjalan lancar dan terpelihara daripada segala bahaya. semoga esok lebih baik dari hari ni..selamat malam..ZZzz

Pelbagai gelagat tidur..zzZZZ



Selamat Malam Warga Bumi...:-)

Seketika mengurus kebajikan pelajar




Siri 2: 15 Jun 2011 lawatan ke ruang meletak mesin cetak di SPPS untuk keperluan mahasiswa SPPS. Saya bersama pihak pembekal dalam proses meneliti keperluan yang akan disediakan di ruang berkenaan untuk memastikan pelajar mampu menikmati keperluan tersebut. Antara yang akan disediakan ialah 2 mesin B&W, 1 mesin warna, komputer cetak secara online, mencetak tesis dll

Seketika Bersama kawan-kawan

Amcam? yes kamilah geng kacang..hihi Saya dan Abd Malik semasa berada di SPPS UMS

Saya Mohamad Suhaimey Bin Razin (Presiden PERMADIK sesi 2010/2011 bersama
Khalil Bin Sabu (Presiden MPP sesi 2010/2011) semasa Majlis Anugerah Dekan di Hotel Meridien Kota Kinabalu.

Bersama kawan-kawan semasa menuju ke Lembah Danum iaitu semasa kerja Geografi Fizikal

"Semen Padang Jaminan Mutu dan Kekuatan " bersama rakan-rakan di Lapangan Terbang Minangkabau Kota Padang Indonesia iaitu semasa lawatan ke UNP dan UNAND - 05 - 12 Julai 2011
Singgah sebentar di laluan menuju ke Banjaran Crocker iaitu semasa kerja lapangan 
Pengurusan Lembangan Saliran

Gelagat tidak formal semasa pengambaran di ruang SPPS, UMS. Kami Geng HT17

Semasa berada di rumah panjang di pedalaman Pensiangan iaitu ketika menyertai Program Outreach Pensiangan di bawah kelolaan Dr.Khalid Johari

Semasa menuju ke Lembah Danum bergambar sebentar dengan Datuk Mazlan Abdullah iaitu pensyarah HT17 yang sangat rapat dengan kami.


Thursday, 25 August 2011

Dua Pilihan Untuk Satu Keputusan

 mana satu mahu pilih ni????

Dalam hidup, suatu kemestian yang perlu kita lalui adalah membuat keputusan. Di sepanjang kehidupan, kita tidak dapat lari daripada membuat keputusan yang mana ia memerlukan kebijaksanaan kita untuk membat percaturan. Keputusan yang kita buat juga selalunya sering berkaitan dengan kepentingan sesuatu perkara yang mana terdapat keputusan jangka masa pendek dan jangka masa penjang atau pun keputusan serta merta atau keputusan bertempoh. Namun, apa pun keputusan yang kita pilih dalam menentukan masa depan kehidupan kita, ia sebenarnya bergantung kepada diri kita sendiri.Jika kita memilih untuk menjadi baik, maka baiklah kita.Jika kita memilih untuk menjadi jahat, maka jahatlah kita..setiap daripada kita diberikan seluas-luas peluang dan hak untuk menentukan keputusan hidup kita sendiri tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Cuma orang lain sering membantu kita membuat keputusan dan itu tak semestinya menjadi platform untuk kita membuat keputusan hidup kita sendiri. Apa pun kegelisahan semasa kita membuat keputusan, fikirkanlah matlamat utama kita membuat keputusan berkenaan..memang kita kena menghadapi dua pilihan yang mana salah satu adalah keputusan. Jarang sekali kita menjadikan kedua-dua pilihan tersebut sebagai keputusan dan jika ada sekali pun ia adalah pada situasi-situasi tertentu sahaja. Jika kita mengalami masalah dalam membuat keputusan, berdoalah kepada Allah semoga kita diberi petunjuk disetiap pilihan yang kita telah buat..insyallah semuanya akan beransur baik.

 syurga atau nerhaka???hmm saya pilih syurga..ya syurga!!!

Suka Memilih

 aduh susahnya membuat pilihan ni..hmmmm???

Dalam banyak perkara, kita adakala sangat cerewet untuk memilih sehingga kita terlalu lambat membuat keputusan..dalam soal hati dan perasaan misalnya. Kadang-kadang sebahagian daripada kita sangat kuat memilih sehingga kita tidak memperolehi apa yang kita sepatutnya miliki. Kita merasa susah membuat pilihan kerana kita bimbang pilihan itu tidak sesuai dengan kita atau pilihan itu tidak setaraf dengan kita..ada apa dengan taraf?hmmmm macam-macam kan..apa pun, jangan terlalu banyak memilih sehingga akhirnya kita tidak memiliki apa pun kerana sebenarnya bila kita suka memilih, kita juga sebenarnya di pilih..kita memilih, kita juga dipilih..oleh itu, fikirkan yang terbaik dari kaca mata fikiran hati kita agar apa yang kita pilih itu sesuai dengan apa yang sepatutnya..(^__^)

 hmmmm??? bagus saya tidur...

Sekilas pandang

Memberi tidak semestinya kita akan menerima. Adakalanya, kita hanya mampu memberi pada satu-satu masa tanpa menerima pembalasan. Juga adakalanya kita hanya menerima apabila kita tidak mampu membalas pemberian itu. Namun apa pun yang dilalui, berusahalah untuk ikhlas terhadap memberi dan menerima agar kita redha dengan apa pun yang terjadi.

Ucapan Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakan-rakan Sekalian. Ikhlas daripada saya Mohamad Suhaimey Bin Razin serta seisi keluarga

Wednesday, 24 August 2011

Adakah Kita Telah Cukup Berusaha??

Kadang-kadang saya sering merasakan adakah saya telah cukup berusaha untuk mengejar impian atau melengkapkan kerja-kerja saya?adakah saya telah cukup berkerja kuat dalam merealisasikan impian saya..saya teringat teguran daripada seorang kawan. Dia menyatakan saya belum cukup berusaha dan belum cukup bekerja kuat. Pada masa tu, saya merasa sedikit tersinggung kerana ia cuba mnyatakan bahawa saya seolah-olah belum cukup bekerja kuat sedangkan pada hemat saya, saya telah pun bekerja kuat untuk menyiapkan kerja yang diberikan. Kini, saya mula terfikir semula kata-kata tegurannya. Saya merasakan bahawa adanya kebenaran itu bila saya memikirkan bahawa saya belum lagi berusaha kuat untuk mengejar impian dan melengkapkan misi saya. Mungkin baginya cukup berusaha dan bekerja lebih kuat itu bermaksud melaksanakan kerja atau tugasan yang melebihi kemampuan biasa yang mana jika ia dilakukan, sudah pasti akan mengeluarkan hasil yang lebih luar biasa. Dan kini, aku perlu bersyukur kerana teguran itu..banyak perkara aku pelajari yang akhinya sedikit sebanyak mematangkan diriku.

Tuesday, 23 August 2011

Instrumental muzik kegemaranku

Aku mempunyai minat yang sangat tinggi terhdap muzik-muzik instrumental sebab dengan mendengar muzik ini aku akan merasa ketenangan seperti mana dayuan muzik tersebut.

Selamat Malam Bintang

Sebentar lagi akan mula tidur..tak dapat tidur sebab petang tadi ada tidur juga. Otak sentiasa berfikir..banyak perkara difikir yang kadang-kadang membuat aku rasa lemah seluruh anggota badan. Namun, kena kuat dan tabah. Kita kena laluinya sebagai suatu proses pembelajaran yang mana setiap individu perlu melalui proses tersebut bagi memastikan wujudnya kematangan dalam tindakan. Insyallah apabila bermula sahaja sesi ini, maka banyak perkara yang perlu ditegaskan dalam melaksanakan tanggungjawab yang sekian lama dipegang. Insyallah sedaya upaya akan kuatkan hati demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini. Ya Allah berikan ku kekuatan seperti mana kekuatan yang telah kau berikan kepada hamba-hambamu yang lain agar apa pun cabaran dan halangan dihadapan, aku akan mampu hadapinya dengan ketabahan.

Selamat malam bintang..selamat malam alam semesta..(^___^)

Sunday, 14 August 2011

Kemerdekaan Ini

Salam 1 Malaysia kepada semua rakan pembaca.

Sedar atau tidak kini negara kita hampir genap 54 tahun merdeka. Dalam tempoh ini banyak perkara kita telah lalui yang adakalanya menguji kekukuhan kemerdekaan ini. Bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana telah mengurniakan kemerdekaan ini kepada kita.

Thursday, 11 August 2011

Perutusan Presiden

Assalammualaikum wbt, Salam Sejahtera, dan Salam 1 Malaysia, Salam 1 UMS Kampus Ceria

Segala puji dan salam saya rafakkan kepada Allah S.w.t, Tuhan sekalian alam yang maha agung lagi maha bijaksana mentadbir seluruh alam semesta. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.a.w, keluarga baginda serta para sahabatnya sekalian.

Monday, 1 August 2011

Falsafah Pendidikan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."