Assalammualaikum W.B.T, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Illahi kerana dengan limpah kurnia serta keizinanNya, maka kita dapat melaksanakan program ini.
Program Lawatan dan Diskusi Akademik UMS – UNAND – UNP merupakan program julung kali yang dilaksanakan oleh Persatuan Mahasiswa Pendidik (PERMADIK) sebagai wadah untuk menimbah pengalaman dan seterusnya membolehkan mahasiswa yang terlibat untuk bertukar-tukar idea serta pandangan iaitu selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan warga pendidik yang terlatih.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada penganjur kerana berjaya melaksanakan program ini. Jutaaan terima kasih serta penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Sesungguhnya bantuan serta komitmen semua pihak telah banyak menyumbang kepada kejayaan program ini.
Akhir kata, semoga di atas penganjuran program ini, semua mahasiswa akan mendapat manfaat dan seterusnya menggunakan pengalaman tersebut untuk membangunkan sahsiah diri. Dengan harapan semoga objektif program ini dapat dicapai dengan jayanya.
Mohamad Suhaimey Bin Razin
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Pendidik (PERMADIK),
Sesi 2010/2011
Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial,
Universiti Malaysia Sabah.
No comments:
Post a Comment