"Tarik rambut dalam tepung perlahan-lahan, rambut tak putus tepung tak bertebaran"..mungkin juga boleh dikaitkan dengan sejarah mendapatkan kemerdekaan negara kita daripada penjajah British. Tiada perang dan tiada sengketa sehingga tahap dasyat..mula2 ikut pa yg British ckp,buat yg mereka minta..lama2 da boleh berdiri sendiri, kini negara kita bebas dari jajahan politik,ekonomi dan sosial mereka..utk dptkan kmerdekaan pun susah dan tpaksa diplomasi mgikut kbijaksanaan..kalau lah ketika itu pemimpin kita memilih untuk perang dgn mereka,sudah pasti apa yang kita perjuangkan tidak dapat..tbaca latar belakang kmerdekaan dahulu, pemimpin yang pergi ke London, tidur bsama dlm 1 rumah yg sempit dan kos rendah..duit dibantu (patak2) oleh seluruh rakyat yang menyokong usaha Tunku sebab dengan kemerdekaan la,maka kita boleh berjuang dan berdiri mengikut kebijaksanaan kita sendiri..dalam konteks beberapa hal yang kita lalui, alangkah bangusnya kita berdiplomasi..usaha kuat dan alamilah kesusahan.tiada jalan singkat untuk kita dapatkan apa yang kita mahu..dlm usaha ini, kita bukan sahaja dapat apa yang kita inginkan, malah kita mampu menjaga imej diri serta norma/budaya masyarakat yang melihat gelagat kita..syukur Malaysia yang kita diami sekarang telah mampu berdiri dan membawa negara sendiri tanpa perlu monitor terus daripada negara lain. Bermakna kemerdekaan ini meski ia baru setahun jagung melangkah..perjuangan kita masih belum selesai..mendapatkan kemerdekaan itu ljauh lebih mudah daripada memelihara kemerdekaan yang sedia ada..wahai pahlawan melayu, wahai pengamal wushu, wahai penebar roti mahir, bersama kita memelihara perpaduan dan menjaga kemerdekaan ini..untuk negara Malaysia tercinta..hidup dalam konteks 1Malaysia yang difahami minda..:-)
"Hidup ini ibarat roda..adakala kita akan berada diatas.Adakala kita berada di bawah. Namun, walau apa pun yang terjadi dalam hidup, hadapi dengan kekuatan dan senyuman. Jadilah seperti bunga kaktus. Meski adakala ia dicantas oleh tangan-tangan manusia, namun ia akan tumbuh semula. Teguhkan dirimu seperti karang dilautan agar apa jua badai yang melanda, kau tidak akan kehanyutan"
"Akan ku kuatkan diri meski ada yang menahan untuk mengejar impianku.Aku harap Allah akan sentiasa berada di sisiku agar aku mampu membuktikan bahawa aku dilahirkan di dunia ini tanpa sia-sia kepada ibu bapa, masyarakat, agama, negara dan bangsa"
Ya Allah sesungguhnya aku menadah tangan memohon keselamatan kepadaMu dalam agama, memohon kesejahteraan atau keseihatan jasmani, memohon tambahan ilmu pengetahuan, memohon rezeki yang halal dan diberkati, memohon diterima taubat sebelum tibanya waktu kematian, memohon mendapatkan rahmatMu"
Click here for Myspace Layouts
No comments:
Post a Comment