"Akan ku kuatkan diri meski ada yang menahan untuk mengejar impianku.Aku harap Allah akan sentiasa berada di sisiku agar aku mampu membuktikan bahawa aku dilahirkan di dunia ini tanpa sia-sia kepada ibu bapa, masyarakat, agama, negara dan bangsa"

Ya Allah sesungguhnya aku menadah tangan memohon keselamatan kepadaMu dalam agama, memohon kesejahteraan atau keseihatan jasmani, memohon tambahan ilmu pengetahuan, memohon rezeki yang halal dan diberkati, memohon diterima taubat sebelum tibanya waktu kematian, memohon mendapatkan rahmatMu"

Thursday, 29 September 2011

Ucapan Semasa Penutupan Minggu Kesedaran Sejarah dan Sambutan Kemerdekaan

Assalammualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam kemerdekaan dan salam 1 Malaysia.
         Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran ke atas illahi kerana dengan limpah serta kurnianya, kita dapat bertemu pada pagi yang mulia ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kehadiran kami meski pun agak terlewat memaklumkannya.
Buat pengetahuan sidang hadirin sekalian, jelajah kemerdekaan ini dilaksanakan bertujuan untuk mengisi bulan kemerdekaan yang mana pada keesokan hari, kita bakal meraikan bulan kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia. Selain itu, diharap dengan pertemuan yang singkat ini, kita sama-sama dapat menghayati erti kemerdekaan yang mana setiap daripada kita perlu bertanggungjawab memelihara kemerdekaan ini.
         Saya menyeru kepada adik-adik supaya terus menghayati erti kemerdekaan. Sebagai generasi pelapis kepimpinan negara, kita mempunyai tanggungjawab yang cukup besar untuk memelihara kemerdekaan ini kerana kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh generasi terdahulu tidak akan bermakna jika kita tidak berusaha memeliharanya. Jauhi gejala negatif yang mampu merosakkan diri sendiri. Sementara ada peluang kemananan dan kemerdekaan ini, gunakanlah dengan sebaiknya agar kita mampu menjadi generasi yang dapat memancu kemajuan negara. Siapa pun di antara kita sama ada orang kaya atau miskin, kanak-kanak atau dewasa, tua atau muda, bekerja atau tidak, kita tidak akan dapat lari daripada tanggungjawab ini kerana setiap daripada kita perlu memainkan peranan penting untuk memelihara kemerdekaan ini. Bersyukurlah kerana kita dianugerahkan kemanan dan kemerdekaan ini kerana dengan kemerdekaan inilah, kita mampu bergerak maju ke hadapan tanpa adanya desakan daripada pihak lain. Dengan kemerdekaan ini, kita mampu belajar dengan baik, kita mampu bekerja dengan baik, kita mampu melaksanakan aktiviti harian dengan baik tanpa adanya perasaan takut. Maka, itulah keadaan yang perlu kita pelihara kerana tanpa adanya usaha itu, kemerdekaan ini tidak akan bermakna. Akhir kata daripada saya, semoga Allah sentiasa memelihara kemerdekaan ini. Sama-samalah kita menjaga kemerdekaan ini dengan sebaiknya. Kalau bukan kita, siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi. Di akhir kata, atas nama saya Mohamad Suhaimey Bin Razin selaku Presiden Persatuan Mahasiswa Pendidik SPPS UMS, memohon kemaafan andai terdapat kesilapan disepanjang pelaksaaan acara ini. Semoga dengan pertemuan yang singkat ini, akan terjalinlah silaturrahim antara kita ~ SEKIAN~

No comments:

Post a Comment