"Akan ku kuatkan diri meski ada yang menahan untuk mengejar impianku.Aku harap Allah akan sentiasa berada di sisiku agar aku mampu membuktikan bahawa aku dilahirkan di dunia ini tanpa sia-sia kepada ibu bapa, masyarakat, agama, negara dan bangsa"

Ya Allah sesungguhnya aku menadah tangan memohon keselamatan kepadaMu dalam agama, memohon kesejahteraan atau keseihatan jasmani, memohon tambahan ilmu pengetahuan, memohon rezeki yang halal dan diberkati, memohon diterima taubat sebelum tibanya waktu kematian, memohon mendapatkan rahmatMu"

Sunday, 28 August 2011

Pondok Buruk Ibu dan Ayah

~28 Ogos 2011 (Ahad) jam 10 pm - 12 am di astro Ria~


Sebentar tadi saya menonton satu drama yang bertajuk Pondok Buruk yang dilakonkan oleh Fauziah Nawi, Ismail Din, Raja Azura, Vanida Imran, Rosyam Nor, dan Jalaludin Hassan. Drama ini mengisahkan kehidupan ibu bapa yang hidup dalam keadaan penuh penderitaan lantaran kemiskinan yang dialami. Isteri yang sakit dan suami yang menghidap penyakit kencing manis sehingga kedua-dua belah kakinya telah dipotong. Kesusahan hidup mereka ini seolah-oleh seperti apa yang dialami oleh kebanyakan masyarakat yang rata-ratanya kita sendiri tidak menyedarinya..di sebalik kesusahan mereka ini, anak-anak mereka pula hidup senang lenang di atas duit..kaya raya dengan pelbagai perniagaan. Kehidupan yang mewah menyebabkan mereka lupa kepada asal usul dan tidak mengambil berat akan kedua ibu bapa mereka. Lantaran merajuk dengan leteran ibu bapa, mereka telah membawa diri ke bandar untuk mencari kehidupan sendiri..mereka sanggup tinggalkan ibu bapa mereka di kampung dengan penuh keperitan dan kesukaran..kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..bapanya yang kudung kaki akibat kencing manis terpaksa mencari rezeki demi menampung kehidupan mereka berdua..kerja sebagai pembantu penjual buah, tukang cuci kereta, tukang cuci pinggan mangkuk..itulah kerja hariannya. Berbekalkan kereta roda yang dikayuh dengan tangan, bapa itu kuat ke hulu ke hilir demi mencari punca rezeki..setiap rezeki yang diperolehi akan memberi senyuman kepadanya..ketibaan hari raya aidifitri yang dijangka tidak lama lagi menyebabkan beliau semakin kuat bekerja sehinggalah beliau mampu membelikan kain kepada isterinya..suatu masa, beliau diuji sekali lagi apabila penjual buah tidak menjual lagi dan akhirnya beliau terpaksa mencari pekerjaan lain sedangkan anak-anaknya di bandar hidup dalam kemewahan..tahap ujian semakin kuat apabila anak arwah pemilik tanah tempat beliau mendirikan rumah sejak sekian lama telah meminta mereka merobohkan rumah berkenaan dan berpindah kerana tanah tersebut akan diteroka. Akhirnya mereka terpaksa berpindah ke sebuah pondok buruk yang berdekatan dengan sawah padi iaitu dimiliki oleh tuan empunya tanah padi tersebut..dipengakhiran cerita, suami (Ismail Din) telah meninggal dunia akibat terjatuh ke dalam sawah dan akhirnya mati lemas..beliau meninggal dalam keadaan bersujud manakala daging yang beliau beli sebagai persediaan raya keesokannya telah terjatuh di atas tanah..beliau agak sukar berdiri dari dalam sawah berkenaan kerana kedua-dua belah kakinya kudung...


Keseluruhan daripada cerita ini cuba menyatakan kepada kita akan beberapa pengajaran yang perlu kita fikirkan dalam mengatur sebuah kehidupan. Kadang-kadang pada masa kini, semakin kaya seorang anak, semakin tinggi temberangnya..semakin tinggi sekolah, semakin tinggi juga kurang ajarnya kepada ibu bapa seolah-olah segulung ijazah yang diperolahi membuatkan diri bangga sedangkan tanpa ibu bapa, mustahil ia diperolehi..dan inilah kesilapan apabila pangkat dan darjat menjadi ukuran sedangkan ia bukanlah sesuatu yang kekal.

Wahai rakan sekalian, berbicaralah kita kepada diri semoga kita tidak tergolong dalam anak-anak seperti ini. Memang wang adalah penting dalam hidup, namun wang tak semestinya dapat memberi kebahagiaan dalam hidup..adakala kekayaan yang dimiliki menyebabkan kita lupa akan diri. Membuatkan kita bongkak dan hanya mampu memandang ke langit sedangkan hujan ditanah tidak disedari...kerana terlalu mengejar duit, akhirnya kita akan lupa dengan masa lalu.Duit memang sangat penting tapi jangan sampai kita menjadi hamba kepada duit yang akhirnya menyebabkan kita bersyukur dengan apa yang kita miliki...kita tidak akan merasa puas meski pun berjuta ringgit kita perolehi..apabila menjadi hamba kepada duit, maka kita akan menyatakan bahawa segalanya adalah duit...

"jangan kerana terlalu memandang ke langit, rumput di tanah dilupakan"

"jangan kerana melihat berjuta bintang di langit biru, air di bumi dilupakan"


Apabila kehidupan telah ditentukan walau dalam apa keadaan sekali pun, ia adalah anugerah illahi. Jangan pernah berputus asa dan melawan ketentuanNya..Dia telah menentukan kehidupan kita yang mana itulah sebuah ujianNya..Kita mesti redha dengan ketentuan.Jangan putus asa dan melawan takdir...kita kena ingat pengorbanan ibu bapa kerana tanpa mereka siapalah kita di muka bumi ini..kerana merekalah kita melihat dunia..hidup tidak bermakna tanpa sebuah keluarga yang bahagia. Kekayaan juga tidak bermakna tanpa adanya restu daripada kedua ibu bapa...

Bersyukurlah dengan apa yang ada..dan ingatlah ibu bapa di saat-saat mereka memerlukan kita..

Saya sayang ibu bapa saya...Razin Bin Yoh dan Lenah Binti Belang.Engkaulah dunia akhiratku..tanpamu siapalah aku..sangat sayang emah dan eyang...(^____^)


No comments:

Post a Comment