Salam 1 Malaysia kepada semua rakan pembaca.
Sedar atau tidak kini negara kita hampir genap 54 tahun merdeka. Dalam tempoh ini banyak perkara kita telah lalui yang adakalanya menguji kekukuhan kemerdekaan ini. Bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana telah mengurniakan kemerdekaan ini kepada kita.
Kita bersyukur berada di bumi Malaysia kerana meski pun kita terdiri daripada pelbagai suku kaum, namun kita mampu bersama-sama menjaga kemerdekaan ini. Siapa sangka keplbagaian ini mampu menyatukan kita dengan senario yang lebih baik berbanding negara-negara luar yang jauh telah maju berbanding kita. Kita perlu mensyukuri kemedekaan ini dan perlu ada kekuatan untuk memelihara kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin kita terdahulu. Tidak ada ertinya kemerdekaan ini jika kita tidak mampu mempertahankannya. Kita sedar sejak kebelakangan ini, keharmonian negara kita telah tercabar oleh agenda-agenda yang tidak baik. Namun, atas kebijaksanaan pemerintah menanganinya, maka kita mampu mewujudkan suasana yang harmoni. Kita tidak ingin melihat kemerdekaan yang telah diperjuangkan sekian lama oleh nenak moyang kita berakhir dengan begitu sahaja. Jika kita tidak mampu memelihara kemerdekaan ini, maka kita sebenarnya telah mengecewakan jutaan rakyat masa lalu yang bertungkus lumus memperjuangkan kemerdekaan negara kita. Mereka pada waktu itu sedar bahawa mereka tidak mampu menikmati kemerdekaan yang lebih baik seperti sekarang ini kerana di usia mereka yang lanjut waktu itu, mereka hanya mampu mengimpikan sebuah kemerdekaan yang dapat diwarisi oleh generasi mendatang. Mereka telah berjuang siang dan malam demi melihat wajah kemerdekaan dapat dinikamati oleh generasi kita pada hari ini. Mereka berjuang untuk memastikan generasi kita pada hari ini tidak hanya berada di bawah tempurung penjajah seperti mana yang mereka lalui ketika itu. Mereka tidak ingin melihat generasi kita pada hari ini hanya menjadi bangsa suruhan oleh penjajah tanpa mendapat pembelaan yang sepatutnya dinikmati. Mereka tidak ingin melihat generasi kita pada hari ini, menjadi bangsa yang hanya hidup di pondok-pondok dan bersuluhkan lampu ayam. Mereka tidak ingin melihat generasi pada hari ini menjadi anak bumi yang hanya berhak ditentukan masa depannya oleh warga asing yang seolah-olah hanya menerima sedekah sahaja daripada pihak penjajah. Mereka tidak ingin melihat generasi pada hari ini dianiaya seperti apa yang mereka rasai terdahulu. Siang malam mereka telah meratapi kesusahan demi kesusahan yang seolah-olah tiada penghujungnya. Mereka telah menangis seumur hidup mereka lantaran kesukaran mereka untuk memberikan sesuatu yang terbaik kepada generasi selepas mereka. Silih berganti berlalu namun pejuang-pejuang kemerdekaan tumpas begitu sahaja ditangan kuasa asing yang rakus mengeksploitasi mereka.
Dan kini, mereka mampu tersenyum melihat kemerdekaan yang telah kita kecapi. Tidak sia-sia perjuangan mereka pada masa lalu demi melihat generasi pada hari ini hidup dalam keadaan baik sekurang-kurangnya perlu lebih baik daripada apa yang mereka rasai dahulu. Awal kewujudan negara bangsa kita dahulu, kita adalah kuasa besar yang dikagumi dunia. Siapa tidak kenal Kota Melaka yang menjadi tugu yang kukuh kita masa lalu. Lantaran kelekaan pemerintah dan rakyat pada masa itu, maka kota itu tumbang akhirnya. Tumbang oleh kelekaan sendiri yang akhirnya menyebabkan kesukaran untuk mendirikan kota itu semula. Beratus tahun telah ditempuhi untuk mendirikan kota itu semula. Dan kini, setelah pengisytiharan kemerdekaan, akhirnya kita berjaya mendirikan kota itu semula. Semakin kukuh dan semakin gah kota itu yang bukan sahaja berada di Kota Melaka, namun hampir seluruh tanahair Kota telah terbina dengan megahnya. Daripada pondok nipah, kini kita telah memiliki bangunan pencakar langit yang tidak asing lagi di dunia. Kita telah menjadi empayar yang dibina di atas kota yang telah musnah beratus tahun dahulu. Kini kita telah menjadi kuasa ekonomi yang juga banyak mempengaruhi ekonomi dunia..
Semua ini kita telah nikmati atas kemerdekaan yang telah ditinggalkan oleh generasi kita terdahulu. Pada saya, menikmati sahaja tidak mencukupi jika kita tidak memelihara kemerdekaan ini dengan baik. Memang kita telah berjaya mencipta nama didunia, namun kita tidak harus leka di atas kejayaan itu. Perjalanan kita masih jauh..kita perlu lebih kuat untuk maju ke hadapan. Jangan pernah kita leka dengan sedikit kejayaan yang telah kita nikmati. Ayuh bangsaku, bersama kita memlihara kemerdekaan ini..kita bangun dengan azam dan kekuatan untuk memajukan negara kita yang tercinta ini. Memang kita banyak berbeza, namun kita adalah sama sebagai bangsa Malaysia. Kejayaan dan kejatuhan negara kita terletak di bahu kita. Hindari segala perpecahan. Jauhi segala pemusuhan. Ketepikan perkara yang merugikan negara. Kita cipta kemerdekaan dengan erti kata bangsa Malaysia peneraju kemajuan negara Malaysia.
Malaysia Boleh!!! Kibarkan jalur gemilang dan hayati dan cintailah negara kita...
Salam 1 Malaysia....
No comments:
Post a Comment