Aku mempunyai minat yang sangat tinggi terhdap muzik-muzik instrumental sebab dengan mendengar muzik ini aku akan merasa ketenangan seperti mana dayuan muzik tersebut.
Setiap kali aku cuba mendapatkan "feeling" sesuatu, aku akan cuba mendengar muzik-muzik instrumental. setelah mendengarnya, aku akan sedikit tenang. tapi masa aku menghayati muzik ini, aku paling tak suka kalau ada yang kacau..hehe. besalah kan..adakalanya kita memerlukan masa untuk diri sendiri..perlukan masa untuk dibelanjakan kepada diri sendiri yang mana tanpa kita sedar, kita paling kurang menemani diri sendiri lantaran kesibukan dalam aktiviti harian..kita tak boleh lupa tentang ini..jika kita boleh membelanjakan masa yang cukup panjang kepada kerja dan orang lain, kita juga perlu membelanjakan sedikit masa untuk diri sendiri..kita menghargai diri sendiri meski pun adakala orang lain jarang menghargai diri kita..itu tidak menjadi masalah..yang penting kita perlu membelanjakan masa untuk diri sendiri tanpa adanya gangguan daripada orang lain. Misalnya apabila kita menghadapi masalah..selalunya bila kita ada masalah, kita sering meminta bantuan daripada orang lain untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Yang juga kadang-kadang ia tidak dapat membantu..kenapa tidak kita cuba rawati masalah tersebut dengan berbicara dengan anggota badan sendiri..mungkin nampak pelik tapi demi kebaikan diri, ia juga perlu sebenarnya..berbisiklah dengan tangan, kaki, telinga dan hati kita..sambil berdoa..ucapkan lah kata-kata indah kepada anggota badan kita seperti "wahai hati, engkau tahu kini aku menghadapi masalah yang aku sendiri kurang kekuatan untuk menyelesaikannya.engkau adalah rakan yang paling dekat kepadaku, bantulah aku..terima kasih hati kerana memahamiku meskipun orang lain tak memahami." ini adalah contoh yang kecil..untuk mendapat feeling itu, saya suka dengar muzik-muzik ini..laman blog saya pun instrumental juga..hehehe.masing-masing ada kelainan kan..selami diri anda dan ketahui minat diri anda. (^_______^)
No comments:
Post a Comment