Indah sungguh Kota Melaka,
Gagah pahlawannya tidak terkira,
Kelak jatuh ditangan penjajah,
Lantaran kelekaan para pemerintah.
Kepada rakan dan juga taulan,
jadikan sejarah sebagai pedoman,
jangan leka dalam pertikaian,
kelak runtuhlah rumah pasukan.
Cantik sungguh bunga seroja,
Gunung daik bercabang tiga,
Jika begitu demikian rupa,
jagalah bangsa lindungilah negara.
Di Atas Nama Sejarah
Sejarah pembuka bicara,
Sejarah guru dan lilin kita,
Sejarah tongkat negara,
Sejarah membentuk jiwa,
Sejarah membuka mata,
Dan
Sejarah merentasi benua.
Di atas nama sejarah,
Kita bangun bangkit bersama,
Kita angkat martabat bangsa,
Biar gah dimata dunia,
Bukan hanya di pelosok-pelosok desa.
Belajar dari sejarah,
Ambil iktibar daripada sejarah,
Jangan ulangi sejarah derita,
Jauhi segala pertumpahan darah,
Pilihlah perpaduan bangsa bersama,
Bangunkan sejarah manis bertakhta.
Ayuh anak ayuh bangsa,
Bangunlah dari tidur yang lena,
Bangkitlah dari angan-angan yang dusta,
Berubahlah untuk negara bangsa kita,
Malaysia tercinta keagungan tercipta.
Nukilan oleh
Mohamad Suhaimey Bin Razin
Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial,
Universiti Malaysia Sabah.
Pembentangan Asia Tenggara Pembangunan Dan Pemodenan
Puan Rosy Talin
Jam 10 Am – 12 Pm
26 Oktober 2010
Mini Auditorium SPPS, UMS
Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial
Universiti Malaysia Sabah
Sekilan Pantun
Rosak susu kerana nila,
Rosak Mulut kerana lidah,
Rosak hati kerana Dusta
Rosak nama kerana bicara
Hebat negara kerana rakyatnya,
Cantik rumah kerana penghuninya,
Harum institusi kerana mahasiswanya,
Indah organisasi kerana anggotanya.