11 September 2011
TV 2
Jam 10 - 12 pm
Inilah peristiwa sejarah yang mesti kita ingat dan perlu mempelajarinya agar tidak berulang lagi peristiwa itu..tindakan pihak PAS yang ditunjukkan oleh pemimpin no 2 parti solah-olah telah mewujudkan kemarahan dalam hati rakyat..betapa bongkak dan kurang ajarnya pemimpin seperti itu yang cuba mengangungkan perjuangan komunis sedangkan sejarah membuktikan bahawa komunis jelas sekali berusaha untuk menyekat kemerdekaan negara. Melihat kepada tanggapan Mat Sabu terhadap perjuangan komunis, saya berpegang kepada prinsip saya bahawa Mat Sabu tidak kurang daripada seorang pengkhianat tanah air dan menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan fakta sejarah. Inilah contoh-contoh pemimpin yang sentiasa menggunakan kepentingan peribadi berbanding negara. Jika Muhammad Indera itu berjuang atas tiket individu, maka dia layak digelar pejuang tanahair. Namun, bila saja beliau berjuang atas kapasiti komunis, maka beliau adalah seorang pembelot dan pengkhianat negara..dan kini rakyat perlu berpandu kepada tulisan sejarah dan perlu mempertahankan kemerdekaan negara.
Wahai rakyat Malaysia, jangan pernah menyatakan sokongan kepada pemimpin-pemimpin seperti ini..sekali hati rosak, sampai bila-bila kempimpinan mereka tidak akan dipercayai.
Semoga Malaysia aman sejahtera tanpa pembelot negara seperti ini yang seolah-olah cuba mengubah sejarah dan meniup kebencian di hati rakyat..sangat kesal..Ya Allah peliharalah keamanan negaraku demi melihat lesejahteraan bangsa dan agamaku.
No comments:
Post a Comment