"Akan ku kuatkan diri meski ada yang menahan untuk mengejar impianku.Aku harap Allah akan sentiasa berada di sisiku agar aku mampu membuktikan bahawa aku dilahirkan di dunia ini tanpa sia-sia kepada ibu bapa, masyarakat, agama, negara dan bangsa"

Ya Allah sesungguhnya aku menadah tangan memohon keselamatan kepadaMu dalam agama, memohon kesejahteraan atau keseihatan jasmani, memohon tambahan ilmu pengetahuan, memohon rezeki yang halal dan diberkati, memohon diterima taubat sebelum tibanya waktu kematian, memohon mendapatkan rahmatMu"

Saturday, 10 September 2011

Kenyataan hidup

Adakalanya banyak perkara kita akan lalui sepanjang tempoh mengecapi kehidupan. Kadang-kadang kita berjaya mencapai apa yang kita impikan dan ada masanya juga sering gagal.
Seperti hari-hari yang lain, apa yang berlaku dalam hidup seolah-olah kita tidak sedar akan setiap sebab, alasan yang munasabah bagi menjawab setiap permasalahan yang dihadapi. Bukan kerana kita tidak cukup menghayati erti sebenar nafas ini..tetapi kita kurang memahami erti sebenar sebuah kehidupan. Apa yang berlaku, adakala tidak memerlukan sebab atau alasan..ia hadir tanpa kita duga yang akhinya membuat kita perlu menghadapinya dengan sekuat tenaga.

Jangan pernah berputus asa meski engkau hampir rebah ke tanah. Hidup adakalanya buka mudah..tapi ia bukan alasan untuk kita terus berputus asa..Kita kena kuat menghadapinya walau terpaksa menaggung derita yang tiada kesudahannya. Bukan semua perkara mampu difahami oleh orang lain seperti apa yang engkau fikirkan...fikiran dan tingkah laku manusia itu banyak keunikan dan perbezaanya yang sering menimbulkan persoalan dalam diri kita.

Tuhan telah menguji dengan banyak perkara yang mana kita merasakan bahawa betapa tidak adilnya pemberian kehidupan serupa itu. Seolah-olah bahawa kehidupan ini seperti tiada kesudahannya..lalu kita menyalahkan takdir itu. Bukan kerana Tuhan tidak sayang. Dia sangat sayang..cuma Dia telah memilih cara pengujian ini untuk memastikan engkau mencapainya dengan penuh nilai kenikmatan serta kesyukuran.Supaya engkau dapat merasakan betapa berertinya sebuah nilai kehidupan..

Fahami kehidupan dan jangan pernah berputus asa.Lakukan mengikut peringkat keyakinan..

BERUSAHALAH...Chayo...

No comments:

Post a Comment