What Is LOVE?? do you feel that?
"Love can touch us want time and last for a life time"
"Love was when i love you, one true time i hold you"
Semua orang mempunyai keinginan untuk bercinta..juga ada keinginan untuk dicintai. Cinta kepada manusia..cinta kepada Tuhan, cinta kepada haiwan dan banyak lagi yang dikaitkan dengan cinta. Paling top dikalangan remaja adalah cinta manusia iaitu cinta antara dua jantina lelaki dan perempuan..cinta yang bersulamkan kasih sayang..oh cinta...bagi yang berjaya dalam cinta, maka akan bahagialah hidupnya..bagi yang gagal bercinta, maka sedihlah kehidupannya...cinta itu lahir dari hati yang suci..cinta tak perlu diungkapkan dengan kata-kata..jika kita sentuh hati, dan merasakan kedinginanya, maka kita akan merasa adanya cinta dalam diri..cinta bukan hanya pada kecantikan semata-mata..jangan kita silap dalam berbicara dan meneka disebalik kelibat ungkapan cinta. Bagi yang lulus bercinta, tahniah..yang kecundang jangan putus asa..kerana
"cinta tak semestinya kita memiliki"
"cinta juga tak semestinya orang yang kita cintai, akan mencintai kita"
"cinta tak selalu bersama jodoh, tapi jodoh akan selalu bersama cinta"
Bila kita gagal bercinta, bukan bermakna akan malaplah masa depan kita..bila putus cinta, kita pun meronta-ronta seperti kita merasakan bahawa dunia tidak bermakna lagi..sudahlah. cinta tak pernah mengajar untuk kita berputus asa..biarkan apa yang telah berlalu.hadapi dengan tenang kerana disebalik kegagalan itu, wujudnya kejayaan dalam diri kita..mungkin dia bukan terbaik untuk kita.atau tuhan mengetahui bahawa itu bukanlah yang sesuai untuk kita..siapa tahu?bagus juga kalau putus cinta pada masa awal terutamanya bila sebab putus itu adalah kerana adanya salah seorang main kayu tiga..playboy la katakan..atau playgirl ka..biarkan dia pergi kerana tidak ada keuntungan yang kita dapat dengan pasangan yang seperti ini..pasti ia akan merosakkan lagi masa hadapan kita. sudah jangan menangis lagi bagi yang terluka..itu bukanlah pengakhiran dalam hidupmu..percayalah akan ada lagi yang baik dan sangat baik di masa hadapanmu..
Tabahkan hati dan percayalah bahawa "CINTA" itu ada dimana-mana..bila kita telah membuka hati untuk bercinta sekali lagi,pasti akan ada calon yang setia dengan cinta kita...
waaa hebatnya.....
No comments:
Post a Comment