"Akan ku kuatkan diri meski ada yang menahan untuk mengejar impianku.Aku harap Allah akan sentiasa berada di sisiku agar aku mampu membuktikan bahawa aku dilahirkan di dunia ini tanpa sia-sia kepada ibu bapa, masyarakat, agama, negara dan bangsa"

Ya Allah sesungguhnya aku menadah tangan memohon keselamatan kepadaMu dalam agama, memohon kesejahteraan atau keseihatan jasmani, memohon tambahan ilmu pengetahuan, memohon rezeki yang halal dan diberkati, memohon diterima taubat sebelum tibanya waktu kematian, memohon mendapatkan rahmatMu"

Wednesday, 24 August 2011

Adakah Kita Telah Cukup Berusaha??

Kadang-kadang saya sering merasakan adakah saya telah cukup berusaha untuk mengejar impian atau melengkapkan kerja-kerja saya?adakah saya telah cukup berkerja kuat dalam merealisasikan impian saya..saya teringat teguran daripada seorang kawan. Dia menyatakan saya belum cukup berusaha dan belum cukup bekerja kuat. Pada masa tu, saya merasa sedikit tersinggung kerana ia cuba mnyatakan bahawa saya seolah-olah belum cukup bekerja kuat sedangkan pada hemat saya, saya telah pun bekerja kuat untuk menyiapkan kerja yang diberikan. Kini, saya mula terfikir semula kata-kata tegurannya. Saya merasakan bahawa adanya kebenaran itu bila saya memikirkan bahawa saya belum lagi berusaha kuat untuk mengejar impian dan melengkapkan misi saya. Mungkin baginya cukup berusaha dan bekerja lebih kuat itu bermaksud melaksanakan kerja atau tugasan yang melebihi kemampuan biasa yang mana jika ia dilakukan, sudah pasti akan mengeluarkan hasil yang lebih luar biasa. Dan kini, aku perlu bersyukur kerana teguran itu..banyak perkara aku pelajari yang akhinya sedikit sebanyak mematangkan diriku.

Di ruang yang tersedia ini, ingin aku bertanya kepada rakan-rakan terutamanya bangsa ku bumiputera Melayu. Adakah anda telah cukup berusaha untuk mencapai impian dan menggunakan peluang yang kerajaan telah berikan. Yang memerintah kerajaan kita adalah orang Melayu bumiputera dan sepatutnya dengan adanya kerajaan ini, maka kita telah maju dan sepatutnya lebih maju kerana dalam semua segi, nasib kita terbela sama ada dalam pendidikan mahu pun ekonomi. Banyak kuota-kuota khas telah diberikan kepada kita yang sebenarnya bertujuan untuk membantu dan membela nasib bangsa kita. Waaa istimewanya kita kerana dalam perlembagaan, hak-hak dan keistimewaan kita terpelihara. Namun, adakah kita telah menggunakan peluang itu sebaiknya untuk meningkatkan taraf kehidupan kita?adakah kita telah berusaha sesungguhnya? kita sangat beruntung, dalam ekonomi kerajaan selalu membantu kita..kontraktor bumiputera dibantu..pendidikan diberikan sebaiknya yang juga ada kuota khas untuk golongan bumiputera..kita ada Mara yang menaja anak-anak bumiputera, kita ada UITM yang khusus untuk anak-anak bumiputera, kita ada hak keistimewaan lain dalam perlembagaan yang bangsa lain tidak menikmati sebaik kita..ah alangkah beruntungnya kita.

Namun? persoalanya adakah kita telah cukup berusaha untuk menggunakan peluang terbentang luas di mata kita..ibarat "tidur disorongkan bantal"..fikir-fikirkan.

Ada seorang kawan, dia mengeluh kerana kononnya kerajaan tidak membantu kontraktor bumiputera untuk setanding kontraktor bukan bumiputera..dia juga kesal kerana kerajaan telah membuka kuota UITM kepada bangsa lain walhal UITM tersebut hak milik anak bumiputera..saya mula berfikir dan cuba mengaitkan dengan persoalan "adakah kita telah cukup berusaha?"

Mungkin saya sedikit tidak setuju dengan keluhan tersebut..bukan kerajaan tidak membantu. kerajaan sangat banyak membantu untuk meningkat taraf kontraktor bumiputera. Namun, kadang-kadang balasan daripada golongan bumiputera apa? adakalanya bila dapat projek, jual projak kepada orang lain..tidak mahu buat sendiri. Seperti "bisnes ali baba"..kenapa tidak buat sendiri sedangkan seorang kontraktor. Kenapa jual projek dengan orang lain dan memilih hanya untuk "makan duit tanpa bekerja"..hanya makan komisen semata-mata. kenapa? adakah ini cara untuk maju cepat dan mendapat keuntungan yang pantas...ah apakah ini caranya? adakala juga bila dapat duit projek buat belanja "makan dan shopping kereta baru" dulu baru buat projek..duit habis projek tak siap akhirnya di senarai hitam oleh pengeluar tender..akhinya reputasi jatuh. adakah perbuatan ini diistilahkan telah cukup berusaha? bila dapat duit pula, pendapatan RM5 juta tetapi perbelanjaan RM 6 juta..belanja lebih dari pendapatan.

Tentang pembukaan kuota UITM kepada bangsa non bumiputera, mungkin bila saya nyatakan disini ada sebahagian dan mungkin semua bumiputera tidak bersetuju..namun jika anda setuju, maka fikirkan lah..jika tidak setuju tidak mengapa kerana ia cuma pandangan peribadi saya semata-mata. Kerajaan pada awalnya dulu telah meletakkan UITM sebagai rizab penuh anak bumiputera dengan harapan anak bumiputera akan berusaha bersungguh-sungguh kerana adanya IPT yang khas untuk bumiputera. Namun apa yang jadi? tak ramai anak bumiputera yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menempatkan diri sebagai calon pelajar UITM. ada pun tidak ramai yang menepati syarat kemasukan ke UITM..keperluan satu-satu sesi pengambilan sebagai contoh ialah seramai 3000 orang. Namun, anak bumiputera yang layak dan setaraf dengan syarat kemasukan ialah cuma 2000 orang. Baki kekosongan tinggal 1000 orang..mahu atau tidak, kekosongan ini perlu di isi juga supaya tidak berlaku kekurangan pelajar. setelah semak semula, tidak ada lagi calon bumiputera yang layak atau setidaknya hampir-hampir layak dengan syarat yang diberikan. Akhirnya kerajaan terpaksa juga mengambil pelajar non bumiputera demi memenuhi ruang tersebut..kaum bumiputera yang melihat situasi tersebut berasa marah kerana menganggap kerajaan terlah berlaku kejam terhadap kaum bumiputera sendiri. Kawan saya menambah hujah lagi "kenapa syarat kemasukan terlalu susah dan kenapa tidak turunkan supaya ramai bumiputera boleh masuk?"..saya berfikir, UITM itu adalah sebuah institusi yang berprestasi tinggi serta setanding dengan IPT yang lain..jika syarat diturunkan sehingga paras yang rendah, apalah masa hadapan UITM sebagai institusi bertaraf?jika ini dibuat, maka tidak ada bezalah UITM dengan IPTS lain yang seolah-olah tumbuh seperti cendawan selepas hujan yang mana ia hanya memntingkan keuntungan berbanding kualiti pelajarnya. Jika ini berlaku, maka akhinrya saya melihat ia akan membawa prestasi UITM sebagai ipt bertaraf akan jatuh...

Saya melihat dalam kedua-dua situasi di atas, kita tidak boleh menyalahkan kerajaan sepenuhnya kerana sebenarnya kerajaan akan selalu komited untuk membantu kaum bumiputera maju ke hadapan. Kerajaan telah buat yang sepatutnya..kerajaan bagi biasiswa dan sebagainya...kerajaan juga bagi pendidikan percuma yang mana kerajaan lain di dunia tidak melakukannya.

Persoalan semula yang perlu difikirkan ialah "sudah cukupkah kita berusaha?"..fikirkan lah...jika benar maka fikirkan,jika salah maka jangan buang..jadikan sebagai dorongan dengan berusaha sekerasnya bagi menafikannya...

selamat maju jaya bangsaku bumiputera yang dicintai...

No comments:

Post a Comment