"Akan ku kuatkan diri meski ada yang menahan untuk mengejar impianku.Aku harap Allah akan sentiasa berada di sisiku agar aku mampu membuktikan bahawa aku dilahirkan di dunia ini tanpa sia-sia kepada ibu bapa, masyarakat, agama, negara dan bangsa"

Ya Allah sesungguhnya aku menadah tangan memohon keselamatan kepadaMu dalam agama, memohon kesejahteraan atau keseihatan jasmani, memohon tambahan ilmu pengetahuan, memohon rezeki yang halal dan diberkati, memohon diterima taubat sebelum tibanya waktu kematian, memohon mendapatkan rahmatMu"

Thursday, 29 September 2011

Ucapan Semasa Penutupan Minggu Kesedaran Sejarah dan Sambutan Kemerdekaan

Assalammualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam kemerdekaan dan salam 1 Malaysia.
         Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran ke atas illahi kerana dengan limpah serta kurnianya, kita dapat bertemu pada pagi yang mulia ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kehadiran kami meski pun agak terlewat memaklumkannya.
Buat pengetahuan sidang hadirin sekalian, jelajah kemerdekaan ini dilaksanakan bertujuan untuk mengisi bulan kemerdekaan yang mana pada keesokan hari, kita bakal meraikan bulan kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia. Selain itu, diharap dengan pertemuan yang singkat ini, kita sama-sama dapat menghayati erti kemerdekaan yang mana setiap daripada kita perlu bertanggungjawab memelihara kemerdekaan ini.
         Saya menyeru kepada adik-adik supaya terus menghayati erti kemerdekaan. Sebagai generasi pelapis kepimpinan negara, kita mempunyai tanggungjawab yang cukup besar untuk memelihara kemerdekaan ini kerana kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh generasi terdahulu tidak akan bermakna jika kita tidak berusaha memeliharanya. Jauhi gejala negatif yang mampu merosakkan diri sendiri. Sementara ada peluang kemananan dan kemerdekaan ini, gunakanlah dengan sebaiknya agar kita mampu menjadi generasi yang dapat memancu kemajuan negara. Siapa pun di antara kita sama ada orang kaya atau miskin, kanak-kanak atau dewasa, tua atau muda, bekerja atau tidak, kita tidak akan dapat lari daripada tanggungjawab ini kerana setiap daripada kita perlu memainkan peranan penting untuk memelihara kemerdekaan ini. Bersyukurlah kerana kita dianugerahkan kemanan dan kemerdekaan ini kerana dengan kemerdekaan inilah, kita mampu bergerak maju ke hadapan tanpa adanya desakan daripada pihak lain. Dengan kemerdekaan ini, kita mampu belajar dengan baik, kita mampu bekerja dengan baik, kita mampu melaksanakan aktiviti harian dengan baik tanpa adanya perasaan takut. Maka, itulah keadaan yang perlu kita pelihara kerana tanpa adanya usaha itu, kemerdekaan ini tidak akan bermakna. Akhir kata daripada saya, semoga Allah sentiasa memelihara kemerdekaan ini. Sama-samalah kita menjaga kemerdekaan ini dengan sebaiknya. Kalau bukan kita, siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi. Di akhir kata, atas nama saya Mohamad Suhaimey Bin Razin selaku Presiden Persatuan Mahasiswa Pendidik SPPS UMS, memohon kemaafan andai terdapat kesilapan disepanjang pelaksaaan acara ini. Semoga dengan pertemuan yang singkat ini, akan terjalinlah silaturrahim antara kita ~ SEKIAN~

Ucapan Semasa Majlis Amanat Dekan 2011

Assalammualaikum wbt, Salam Sejahtera, dan Salam 1 Malaysia :UMS kampus Ceria
Segala pujian bagi Allah S.w.t, Tuhan sekalian alam yang maha agung lagi maha bijaksana mentadbir seluruh alam semesta. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.a.w, keluarga baginda serta para sahabatnya sekalian.
Bersempena dengan Majlis Amanat Dekan ini, saya menyeru kepada seluruh sahabat mahasiswa agar memberi tumpuan terhadap perkara yang bakal disampaikan oleh yang berbahagia Dekan. Selaku presiden persatuan, saya mengharapkan adanya sokongan yang tidak berbelah bagi daripada anda. Saya ingin mengajak seluruh warga mahasiswa Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial supaya sentiasa aktif dalam aktiviti kemahasiswaan kerana saya yakin setiap yang anda sertai ini, ia tidak akan merugikan diri malah suatu nilai tambah kepada anda bagi menambah pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pengurusan serta pengorganisasian.
Pada masa ini, kerjaya kita sebagai guru tidak lagi seperti dulu yang mana sejurus kita tamat pengajian, kita akan terus diserap ke jawatan sebagai pendidik. Dunia pada hari ini penuh dengan cabaran serta persaingan yang sengit lebih-lebih lagi dalam mendapatkan peluang pekerjaan. Meski pun kita akui bahawa, berbanding kursus-kursus yang lain kita mempunyai peluang kerjaya yang sedikit mudah untuk diperolehi, namun kita jangan leka kerana dengan senario pada masa ini, kita juga akan menghadapi proses-proses pemilihan yang semakin rumit sebelum mendapat pekerjaan. Hal ini kerana kewujudan IPTA dan IPTS yang menawarkan kursus pendidikan serta ditambah lagi dengan dasar-dasar politik negara terhadap pengurusan pendidikan, menjadikan senario pengurusan pendidikan semakin kompleks.
Meski pun demikian, saya yakin dan percaya bahawa kita mampu bersaing dengan siswazah keluaran institusi lain kerana kita juga berpotensi untuk menjadi lebih baik jika kita inginkannya. Saya mempunyai pandangan bahawa tidak ada institusi atau pusat latihan yang menjanjikan pekerjaan melainkan kita sendiri yang berusaha untuk mendapatkan pekerjaan tersebut iaitu dengan cara menunjukkan kemahiran serta kebolehan yang kita ada sehinggakan majikan yakin dan percaya akan kekuatan yang kita miliki. Di pusat gedung ilmu ini, kita diberi segalanya untuk kita menggali sebanyak mungkin ilmu sama ada ilmu dalam kelas atau luar kelas. Bergantung kepada kita sama ada ingin mendapatkannya atau membiarkan orang lain yang mendapatkannya. Kita di universiti ini cuma empat tahun sahaja dan dalam tempoh pendek inilah maka kita harus menggunakannya untuk melengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Maka oleh itu, saya menyeru sekali lagi kepada seluruh sahabat-sahabat sekalian untuk terus mencari peluang untuk meningkatkan prestasi diri sama ada dalam bidang akademik atau bukan akademik. Kita tidak boleh terlepas salah satu daripadanya. Bila kita berjaya dalam aktiviti kemahasiswaan maka kita juga mesti berjaya dalam akademik kerana jika salah satu tertinggal maka kita akan mengalami kerugian di antara keduanya.
Akhir kata daripada saya, semoga majlis ini berjalan dengan lancar dan kita mendapat manfaat bersama.Sekalung tahniah kepada ajk yang terlibat dalam perlaksanaan majlis ini. SEKIAN

Ucapan Alu-aluan program UMS-UNAND-UNP

Assalammualaikum W.B.T, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Illahi kerana dengan limpah kurnia serta keizinanNya, maka kita dapat melaksanakan program ini.
Program Lawatan dan Diskusi Akademik UMS – UNAND – UNP merupakan program julung kali yang dilaksanakan oleh Persatuan Mahasiswa Pendidik (PERMADIK) sebagai wadah untuk menimbah pengalaman dan seterusnya membolehkan mahasiswa yang terlibat untuk bertukar-tukar idea serta pandangan iaitu selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan warga pendidik yang terlatih.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada penganjur kerana berjaya melaksanakan program ini. Jutaaan terima kasih serta penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Sesungguhnya bantuan serta komitmen semua pihak telah banyak menyumbang kepada kejayaan program ini.
Akhir kata, semoga di atas penganjuran program ini, semua mahasiswa akan mendapat manfaat dan seterusnya menggunakan pengalaman tersebut untuk membangunkan sahsiah diri. Dengan harapan semoga objektif program ini dapat dicapai dengan jayanya.
Mohamad Suhaimey Bin Razin
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Pendidik (PERMADIK),
Sesi 2010/2011
Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial,
Universiti Malaysia Sabah.

Friday, 16 September 2011

Bingkai Cermin

"Cermin diri yang paling baik adalah kawan yang mampu menjadikan dirinya sebagai cerminmu.Apabila engkau meluah sesuatu,dia akan terbuka untuk berbicara dan menerima luahanmu secara terbuka.Pada masa yang sama dia akan cuba mengubah dirimu mengikut kesesuaian pendirian serta keadaan emosimu.Jangan pernah mengaku kalah meski sebahagian daripada mereka tidak memahami keadaanmu..titisan air mata itu boleh tapi jangan menjadikan ia sebagai kesedihan.Jadikan ia sebagai kekuatan untuk engkau bangun semula..hidup itu bukan mudah seperti mudahnya kita berbicara.Jika hidup semuanya mudah,kita tidak akan pernah belajar daripada kemanisan diakhirnya.."

Tuesday, 13 September 2011

"Hidup itu indah jika engkau memanfaatkannya"

Kita mesti selalu dengar kata hikmah ini:

Kejarlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara:

~Masa muda sebelum datangnya masa tua~
~Masa sihat sebelum datangya masa sakit~
~Masa kaya sebelum datangya masa miskin~
~Masa lapang sebelum datangya masa sibuk~
~Masa hidup sebelum datangnya masa mati~


Sunday, 11 September 2011

Menonton Tayangan Bukit Kepong dan Tanggapan Mat Sabu

11 September 2011
TV 2
Jam 10 - 12 pm

Keganasan komunis dalam serangan Balai Polis Bukit Kepong adalah peristiwa yang sangat menyayat hati..pengorbanan polis ketika itu untuk mempertahankan negara sampai saat akhir menunjukkan bahawa betapa sukarnya mereka mempertahankan negara.

Saturday, 10 September 2011

Kenyataan hidup

Adakalanya banyak perkara kita akan lalui sepanjang tempoh mengecapi kehidupan. Kadang-kadang kita berjaya mencapai apa yang kita impikan dan ada masanya juga sering gagal.