~28 Ogos 2011 (Ahad) jam 10 pm - 12 am di astro Ria~
Sebentar tadi saya menonton satu drama yang bertajuk Pondok Buruk yang dilakonkan oleh Fauziah Nawi, Ismail Din, Raja Azura, Vanida Imran, Rosyam Nor, dan Jalaludin Hassan. Drama ini mengisahkan kehidupan ibu bapa yang hidup dalam keadaan penuh penderitaan lantaran kemiskinan yang dialami. Isteri yang sakit dan suami yang menghidap penyakit kencing manis sehingga kedua-dua belah kakinya telah dipotong. Kesusahan hidup mereka ini seolah-oleh seperti apa yang dialami oleh kebanyakan masyarakat yang rata-ratanya kita sendiri tidak menyedarinya..di sebalik kesusahan mereka ini, anak-anak mereka pula hidup senang lenang di atas duit..kaya raya dengan pelbagai perniagaan. Kehidupan yang mewah menyebabkan mereka lupa kepada asal usul dan tidak mengambil berat akan kedua ibu bapa mereka. Lantaran merajuk dengan leteran ibu bapa, mereka telah membawa diri ke bandar untuk mencari kehidupan sendiri..mereka sanggup tinggalkan ibu bapa mereka di kampung dengan penuh keperitan dan kesukaran..kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..bapanya yang kudung kaki akibat kencing manis terpaksa mencari rezeki demi menampung kehidupan mereka berdua..kerja sebagai pembantu penjual buah, tukang cuci kereta, tukang cuci pinggan mangkuk..itulah kerja hariannya. Berbekalkan kereta roda yang dikayuh dengan tangan, bapa itu kuat ke hulu ke hilir demi mencari punca rezeki..setiap rezeki yang diperolehi akan memberi senyuman kepadanya..ketibaan hari raya aidifitri yang dijangka tidak lama lagi menyebabkan beliau semakin kuat bekerja sehinggalah beliau mampu membelikan kain kepada isterinya..suatu masa, beliau diuji sekali lagi apabila penjual buah tidak menjual lagi dan akhirnya beliau terpaksa mencari pekerjaan lain sedangkan anak-anaknya di bandar hidup dalam kemewahan..tahap ujian semakin kuat apabila anak arwah pemilik tanah tempat beliau mendirikan rumah sejak sekian lama telah meminta mereka merobohkan rumah berkenaan dan berpindah kerana tanah tersebut akan diteroka. Akhirnya mereka terpaksa berpindah ke sebuah pondok buruk yang berdekatan dengan sawah padi iaitu dimiliki oleh tuan empunya tanah padi tersebut..dipengakhiran cerita, suami (Ismail Din) telah meninggal dunia akibat terjatuh ke dalam sawah dan akhirnya mati lemas..beliau meninggal dalam keadaan bersujud manakala daging yang beliau beli sebagai persediaan raya keesokannya telah terjatuh di atas tanah..beliau agak sukar berdiri dari dalam sawah berkenaan kerana kedua-dua belah kakinya kudung...