Kami warga belia menolak DAP dan PKR di Sabah sebab kami tidak yakin dengan prestasi serta kemampuan PR (kesatuan pembangkang) dalam membawa pembangunan ke atas Sabah. Jika pemimpin utama PR diragui,apakah lagi partinya sebab ketua itu juga melambangkan partinya.Tan Sri Simon Sipaun saya pernah duduk semeja dan bercerita dengan beliau dalam satu acara dengan kapasiti beliau sebagai bekas setiausaha kerajaan negeri sabah suatu masa dahulu.Jelas beliau masih lagi mempersoalkan 20 perkara itu. saya tak menolak pandangan beliau sebab beliau yg tahu keadaan zaman kepimpinannya dan pandangan beliau banyak juga dipengaruhi oleh pristiwa2 atau isu2 pada masa lalu..Tapi benarkan 20 perkara itu semuanya dibelakangkan?kadang2 saya kesal dgn kbanyakan org kg yg mpunyai ilmu yg kurang dan bila saja ada org yg "terlebih ilmu" datang, maka mereka pun mudah termakan dengan kata2 pemimpin itu. lalu mrk pun menjadi pak turut..mungkin ada yang sedikit tercalar 20 perkara itu tapi salah siapa?pemimpin terdahulu juga. Zaman siapa?zaman mereka juga..mereka yang pimpin Sabah dan mencorakkan senario politik Sabah..Maka oleh itu, tanggungjawab pemimpin muda pada masa ini untuk menjernihkan semula tapi bukan pula melalui jalan salah dengan meruntuhkan kerajaan sedia ada.Jujur saya kata, kami warga belia dan pemimpin masa depan akan berusaha sebaiknya untuk negeri sabah yang tercinta tapi bukan melalui DAP, PKR (payungnya PR)..Kami menyokong Malaysia dan konsep 1Malaysia :Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan itu perlu difikirkan oleh semua warga supaya meluaskan lagi pemikiran ke arah kemajuan serta misi negara.Jangan sempitkan pemikiran dengan budaya politik sempit.. "We Want Peace for Malaysia"
"Hidup ini ibarat roda..adakala kita akan berada diatas.Adakala kita berada di bawah. Namun, walau apa pun yang terjadi dalam hidup, hadapi dengan kekuatan dan senyuman. Jadilah seperti bunga kaktus. Meski adakala ia dicantas oleh tangan-tangan manusia, namun ia akan tumbuh semula. Teguhkan dirimu seperti karang dilautan agar apa jua badai yang melanda, kau tidak akan kehanyutan"
"Akan ku kuatkan diri meski ada yang menahan untuk mengejar impianku.Aku harap Allah akan sentiasa berada di sisiku agar aku mampu membuktikan bahawa aku dilahirkan di dunia ini tanpa sia-sia kepada ibu bapa, masyarakat, agama, negara dan bangsa"
Ya Allah sesungguhnya aku menadah tangan memohon keselamatan kepadaMu dalam agama, memohon kesejahteraan atau keseihatan jasmani, memohon tambahan ilmu pengetahuan, memohon rezeki yang halal dan diberkati, memohon diterima taubat sebelum tibanya waktu kematian, memohon mendapatkan rahmatMu"
Click here for Myspace Layouts
Sunday, 23 October 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)